SHAMSHUL FITRI BIN AHMAD 810730-01-5533 PPG PJJ UPSI D20112054647 GROUP EL-ST02(A121PJJ) GURU PENDIDIKAN ISLAM SK TAWAIYARI LAHAD DATU SABAH
UJI MINDA
1. Nyatakan konsep keibubapaan menurut Islam 2. Senaraikan tiga sebab anak perlu berbakti kepada ibu bapa 3. Terangkan cara berbakti kepada ibu bapa I. semasa mereka hidup II. semasa telah meninggal dunia 4. Huraikan dua akibat anak yang derhaka terhadap ibu bapa 5. Bagaimanakah anda dapat menunjukkan kasih sayang kedua-dua ibu bapa
AKHLAK Adab terhadap ibubapa Konsep ibubapa
-Kasih sayang merupakan tunggak kepada ketenangan hidup dalam keluarga -Ibu bapa ialah org yang paling rapat dgn anak-anak dan merupakan org bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak hingga dewasa -Pengorbanan ibubapa amat besar. Anak wajib taat kepada ibubapa. -Dalil al-Quran;Maksudnya: 'Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)'.
Sebab-sebab wajib berbakti kepada kedua ibu bapa:
Akan beri ganjaran pahala dan ampunkan dosa
AllahSuka dan reda kepada orang yg berbakti kepada ibu bapa
Kita juga wajib berbakti kepada ibu bapa kerana;
Amalan ini tuntutan agama
Untuk kita membals jasa ibu bapa kita
Supaya anak kita akan berbakti kepada kita pula
Menjamin keutuhan sistem kekeluargaan
TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA
Berdoa dan memohon ampun untuk mereka
Berbuat baik kepada rakan mereka
Taat perintah mereka selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak
Merendah diri dan menghormati mereka
Berbakti kepada mereka pada bila-bila masa
ADAB TERHADAP IBU BAPA 1. PERCAKAPAN
Bercakap dgn hormat dan sopan santun
Merendahkan suara dihadapan mereka
Menumpukan perhatian ketika mereka bercakap
Menunjukkan muka yang manis ketika berkomunikasi
Menggunakan bahasa yang baik ketika bercakap
2. PERGAULAN
Berdiri untuk memberi hormat kpd mereka
Memberi hormat semasa bertemu dgn mereka
Mencium tangan mereka sebelum ke sekolah dan sebelum tidur
Jangan mendahului mereka ketika menjamah makanan
Jangan melunjurkan kaki ke arah mereka ketika duduk
CARA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA 1. SEMASA HIDUP
Menjaga mereka semasa tua dan sakit
Memberi nafkah kepada mereka
Selalu menziarahi mereka sekiranya tidak tinggal bersama-sama